Aug 6, 2015

Awan Pergi.



Aku bermula dengan jatuh cinta pada indahnya lukisan tuhan; awan.
Setahun kita menyulam setiap perkataan untuk berkenalan.
Awan sentiasa menjadi tempat aku mencurah perasaan--
Yang tak mampu aku ungkapkan
Hanya awan menjadi saksi
Harapan dan cinta yang aku bina--
Semua untuk kita
Untuk kita.

Tiada sempat aku nyatakan cinta
Kau pergi
Pergi tinggalkan aku menitip harapan--
pada awan yang tak lagi mampu--
menampung harapanku,
yang makin lama makin meninggi.
Aku takut
Kerana harapanku bina untuk kita sudah terlalu tinggi
Diikat dengan lagi satu harapan, 
bahwa kau takkan pergi.

Tapi hujungnya,
Aku disini
Tidak lagi mencari awan
Tidak lagi mengirim harapan
Kerana kau telah pergi meninggalkan aku sendiri.
Malah aku membenci awan.
Sepertinya awan punca kau pergi.
Aku, 
Tidak lagi jatuh cinta pada awan.